CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, April 20, 2012

ANUGERAH !

Makhluk Allah s.w.t seperti kita adalah makhluk yang paling "SEMPURNA" di muka bumi ini. Memang tiada manusia yang sempurna! SEMPURNA di sini bukan la bermaksud kelakuan atau sebagainya.SEMPURNA di sini bermaksud pancaindera yang telah di kurniakan pada kita semua.

DIA menjadikan dua mata untuk kita melihat dan menilai sesuatu perkara seperti, mana yang buruk mana yang baik untuk kita ikuti. DIA jadikan dua tangan untuk kita "memberi" rezeki yang kita nikmati kepada orang-orang yang kurang berkemampuan dan merasai bersama-sama setiap rezeki yang DIA berikan pada kita. DIA jadikan dua kaki untuk kita melangkah dan menuju ke jalan yang di redhai. Setiap langkah yang kita harungi di berikan peluang untuk berpatah balik sekiranya perjalanan kita itu "menyesatkan". DIA jadikan mulut untuk kita selalu mengucapkan syukur atas nikmat yang kita nikmati dan bebas "bercerita" kepadaNYADIA jadikan dua telinga untuk kita mendengar setiap ungkapan dan ucapan yang di berikan oleh sesiapa saje! Kita sebagai manusia yang sempurna harus "menapis" , menerima atau sebaliknya setiap ungkapan dan ucapan itu.

HATI......
Hati adalah salah satu anugerah yang paling berharga yang di berikan oleh Allah s.w.t untuk kita. DIA jadikan hati untuk kita menilai setiap pandangan oleh MATA, setiap langkah oleh KAKI, setiap ungkapan yang di berikan oleh MULUT, setiap pendengaran yang kita dengar oleh TELINGA, dan setiap perbuatan oleh TANGAN... Begitu sempurna ciptaanNYA!

Jika manusia yang diciptakan itu tidak sempurna pancainderanya itu bukan bermaksud mereka ini kurang serba serbi.. TIDAK!!! Allah s.w.t itu MAHA ADIL lagi BIJAKSANA. Kekurangan yang mereka rasakan KEISTIMEWAAN yang DIA berikan..Kekurangan mereka terselit KEISTIMEWAAN yang tiada pada mereka yang "sempurna". Bertapa kasih dan cintanya Allah s.w.t kepada kita semua. Kasih sayangNYA tiada bandingan!

YA ALLAH..., MULIANYA CINTA YANG ENGKAU BERIKAN
HINANYA CINTA YANG AKU BERI KEMBALI....



Thursday, April 19, 2012

KETENTUAN

Kita seharusnya menerima Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t dengan hati yang tenang dan menerima segala apa yang terjadi sebagai ujian dariNYA untuk hambaNYA yang lemah seperti kita semua.Tiada siapa boleh mengubah apa yang sudah tertulis.

Walaupun kadang-kadang sukar untuk menerima segala ketentuanNYA..rasa frust itu sudah pasti! Nama pun manusia kan..Namun kita harus redha dengan seikhlas hati! Tapi mcm mana la nak ikhlas sebenar-benar ikhlas sedangkan benda tu asyik la bermain di kotak fikiran kita... ~ SESUNGGUHNYA PADA MU JUA LAH MEMOHON KEREDHAAN DAN BUKA KAN HATI INI MENERIMA SEGALA-GALANYA DENGAN SEIKHLAS HATI.AMIN..~

Kita hanya merancang, Yang menentukan segalanya adalah DIA! Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian yg terjadi pada kita semua..Mungkin kita akan tertanya-tanya dan ingin tahu apa "disebalik" sesuatu kejadian tu..Takut jika sampai satu tahap kita akan menolak dan menafikan setiap takdir yang menimpa kita.Boleh ke setiap perkara buruk yang berlaku kepada kita,kita katakan MALANG???

Kadang-kadang banyak perkara yang kita lakukan...kebanyakkannya tak menjadi dari yang jadi.Rancang itu jadi ini..Rancang ini jadi yang itu pulak! Apakah "di sebalik" semua ini??

Satu perkara yang pasti..Mengapa terjadi semua ini kerana kita selalu melupakanNYA dengan sengaja..Kita mengenal DIA tapi kita tidak menunaikan hak-hakNYA..Itu adalah jawapan dari semua persoalan..Jawapan yang pasti!

 Bila Allah s.w.t cepat memakbulkan DOA mu, Bermakna DIA menyayangi mu
 Bila Allah s.w.t lambat memakbulkan DOA mu, Bermakna DIA menguji mu
 Bila Allah s.w.t tidak memakbulkan DOA mu, Bermakna DIA merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu
Bersangka baik lah pada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan
 Kasih sayang Allah s.w.t mendahului kemurkaanNYA






CUBA CUBA

Since my husband beli camera yg ala2 canggih ni..aku pun apa lagi "menerai" camera tu! best gak..aku suka bila gambar yg aku ambik tu seakan2 photographer profesional (perasan pulak)...ni adalah pic yg aku ambik sendiri without editing okiesss....

si merah menyala


yg ni mmg pandai bergaya


muka tak puas hati je 


muka ala2 miang =D


bangga sehh....lawa pic ni!


orkid kuning

Tuesday, April 17, 2012

DON'T JUDGE!

Sangat kecewa!! tapi siapalah kita untuk merasa kecewa atau marah kan..kita hanya INSAN biasa ciptaanNYA.Ujian yang di berikan olehNYA sebesar kuman je pun...Terima la dengan hati yang TERBUKA, REDHA dan IKHLAS.Jangan cepat melatah!! Ada orang lagi hebat ujian yang DIA berikan..lagi tragis berbanding ujian yang DIA berikan pada kita...

Hmmm...apa kena mengena entry aku ni ngn taju aku kat atas nun ha erk??? Susah betul nak mengklasifikasikannya..haiishhh! Adakah rasa ketidak puashatian atau timbul rasa dendam yang membuak2?? Tak baekkk....Lupakan semua yang terjadi! Buat tak tau sudah! Tutup mata , pekakkan telinga udah le kan kan kan...tapi SYAITAN tetap berbisik ke telinga insan seperti kita yg lemah serba serbi..IMAN yang rapuh! Semoga DIA sentiasa melindungi kita semua dari sikap berdendam sesama manusia.

Tula kann...namanye pun manusia..walaupun kita ni diciptakan sebagai seorang manusia yang boleh menilai apa-apa sahaja..tapi JANGAN sesekali menilai amalan seseorang itu! Sebab setiap amalan yang kita lakukan hanya DIA yang maha mengetahui yang tahu segala2nya... Sama ada amalan yang kita lakukan itu di terima atau sebaliknye..Hanya ALLAH s.w.t yang mengetahui! Sebelum kita nak menyentuh amalan orang lain cuba ambik cermin sama saiz dengan badan kita..TENGOK PUAS2! atas bawah..At least orang yang kita JUDGE amalannye tu .. dia buat jugaklah kann..KITA MACAM MANA PULAK???


Thursday, April 14, 2011

Berdosakah KITA?

"Walaupun jauh di mata tapi dekat di facebuk! tak dapat bergurau secara "face to face" bergurau di alam cyber pun jadi laaa...janji aku nak buat org tersenyum...kalau tak nak senyum sudah..bukan kena bayar apa2 pun..tax pun tak de..APRIL FOOL jgn marah arrr..."

Alaaa..bagi aku APRIL FOOL tu just for fun..dun take so seriously..Jangan pulak terpesong dan terlalu mengikut cara APRIL FOOL yg zaman nabi Isa tu..itu too much laa..Cara sebegitu mmg tidak digalakkan.Berdosa...dan jangan terlalu taksub untuk meraikannya pulak...

Cuma yang aku rasa mcm tak rape nak best bila org just pandai berkata2 dan menghuraikan "TAK BAIK AARR SAMBUT APRIL FOOL..BERDOSA!!" berdosa errkk??? tau mmg tak baik!! sambut APRIL FOOL tau pulak kata BERDOSA!! tapi dosa2 lain yg kita lakukan terang2an BERDOSA , HARAM dan sememangnye kita tau benda yg kita buat tu salah...ada tak kita perasan??? ada??? Sebagai contoh bertelanjang opsssss kat situ bukan la maksud tak berbaju langsung..Maksudnye berbaju KETAT , SENDAT..Menunjukkan benda2 yang tidak sepatutnye ditunjukkan..baju lengan pendek tapi bertudung..Kalau nak diikutkan bertudung cantik dan menawan sehingga org lain memuji tu pun kira BERDOSA..sebab takut menimbulkan RIAK pada diri kita..Sama gak la SESETENGAH org LELAKI..sesetengah okey...aku tak kata SEMUA! Kalau berbini 3 nak ikut SUNNAH NABI..tapi benda lain yg tak nak plak ikut SUNNAH NABI..Kadang2 benda WAJIB 5 WAKTU tu pun lepas mcm tu je..sengaja plak la tu..Kalau nak di huraikan mcm2 lagi benda yang BERDOSA kita lakukan..cuma kita tak sedar yg kita melakukan..

So,jangan la menilai DOSA seseorang itu dengan benda yang kita sendiri juga lakukan cuma BERBEZA dari segi PERBUATAN.Jangan hanya pandai MENGHURAIKAN , MENTAFSIR dan BERKATA-KATA. Ini hanya pendapat aku..dan berkongsi cerita..Sebab aku tau AKU pun BUKAN la SEMPURNA  sgt !