CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, February 18, 2011

disebalik KATA-KATA

Orang tua dolu-dolu selalu membebel menggunakna kata-kata kiasan..kadang-kadang ada gak kata-kata kiasan dari mereka tu agak kasar...berbeza dgn org skrg..kata-kata org skrg lebey moden..kononnye moden la..tak habuk pun tarak..walaupun kata-kata kiasan org tua dolu-dolu agak kasar tapi ada gak yg berguna untuk kita "pakai".itu semua terpulang pada individu untuk menilai dan menerima..pucuk pangkal pada hati..

kat bawah ni..ada beberapa ayat-ayat kiasan org2 tua yg selalu kita dgr..yg kita boleh ingat sampai sekarang..kalau korg ingat laaa..sebab dulu arwah mak aku selalu membebel..ayat-ayat ni la yg di gunakannya..

1)jangan menyanyi masa masak..kang ko kawin ngn org tua baru tau!

disebalik kata2 :: ye ke???? sebenarnye kenapa mak korg suka bebel mcm tu bila korg nyanyi sambil masak..bukan apa..takut karang terlupa letak garam ke...terlebey letak garam ke...terhangit ke...itu la sebenarnye..

2)jangan makan beralih2 tempat..kang berlaki ramai!

disebalik kata2 :: hahahhahahaaa..mcm sengal..sebenarnye takut mknn yg korg tu tumpah ke ..pinggan jatuh..prannnggg!! dah pecah kan..

3)jangan minum bebanyak masa mkn..nnti tenggelam jantung tu jadi bodoh!

disebalik kata2 :: ni lagi satu..hahahhahahaha..fakta mana la ni..sebenarnye..kalau minum air byk2 nnti kenyang..so sape lak nak hbs kan mknn korg..dah mmbazir kann...mmbazirkan amalan syaitan!

pas korg baca kan..korg rasa berguna tak kiasan org2 tua ni..setiap ayat tersirat benda yang baik..cuma tersurat tu agak kasar sikit..hehehheee..apa pendapat korg??














Thursday, February 10, 2011

DOA MUNAJAT SEORANG ISTERI




Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah...Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….