CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, May 23, 2012

EMAK...

Semua orang ada ibu kan..Ibu adalah orang yang paling kita sayangi, kasihi dan sanjungi..Begitu juga la dengan aku.Aku ada EMAK..Emak aku yang paling cantik, pandai masak, pandai mengemas, pandai bagi nasihat dan yang paling BEST pandai sungguh "berpidato"...Segala-galanya pandai dan bagi aku EMAK la orang yang paling sempurna di mata aku..Tiada orang lain dapat menggantikan tempat dia.

Sekarang aku dah tak de EMAK..EMAK aku meninggal 7 tahun lepas.EMAK tak sempat tengok aku kawin dan tak sempat tengok cucu bongsu dia..ALHAMDULILLAH...EMAK sempat tengok bakal suami aku ketika itu..Dan untuk pertemuan pertama kalinya, EMAK sempat mengusik aku "ada janggut dia yee..mcm pak imam" aku gelak terkekeh-kekeh..Berbunga-bunga hati bila EMAK memberi hint yang baik..Tapi itu dulu....

Aku masih ingat lagi...Masa tu EMAK tengah goreng ayam..Ayam tu masih dalam kuali..Aku nak pegi sekolah tak sempat nak menjamah makan tengahari masa tu..Aku hanya berkata "hhmmm...sedapnye bau alaa tak sempat nak mkn ayam goreng!" Masa aku kat bustand tunggu bas nak pegi sekolah..Aku nampak EMAK berlari ke arah aku sambil memegang sesuatu.Bila EMAK hulurkan pada aku..Ya Allah..Rupa-rupanya ayam goreng yang EMAK goreng tadi.....Masa EMAK bagi ayam goreng tu..EMAK siap kata "nah..ayam goreng..kepak lagi tu..elok2 belajar jangan nak berboipren-boipren" EMAK terus berlalu..Aku?? Aku terpaku..Tak tau nak ckp apa masa tu..Ya Allah EMAK..Mulianya hati mu...Tapi itu dulu...

Kalau di beri peluang "berpidato" memang cair taik telinga dibuatnya...Meleleh beb! Ada saja yang nak di bebelkan oleh EMAK aku yang cantik lagi menawan tu.."awak tu anak dara,jangan bangun lambat2 matahari dah naik atas kepala.esok tak de sape nak meminang!" "bila nak tau masak ni..takkan esok kawin nak mkn kat kedai hari2!" "duit lebih tu jangan ingat nak enjoy je..simpan sikit esok2 kalau sakit ke apa ke..tak yah menyusahkan orang!" bla..bla..bla...pot pet..pot pet..hhmm...*semua bebelan EMAK mmg ada betulnye* Tapi itu dulu...

"Sedapnye kalau bekpes esok mkn roti canai cicah dengan sambal ikan bilis kan mak..." Esok, celik je mata atas meja dah terhidang dah roti canai dengan sambal ikan bilis siap ada kopi O lagi..Even kopi O tiada dalam menu list..EMAK..EMAK...Memang kasih sayang mak tiada tolok bandingye...Tapi itu dulu....

Kalau aku sakit..EMAK la orang yang paling susah hati..Sebenarnya sakit tu tak la seberapa tapi mengada2 yang lebih..Anak bongsu mmg la manja dan segala-galanya lebih dari yang lain *wink wink* Masa tu minta la apa saja..Mesti dapat..Cakap je nak mkn apa..Semua terhidang..Seronok sangat! Tapi itu dulu...

Semua tu dulu...Semua tinggal kenangan je..Takkan ada orang yang boleh menggantikan tempat mak...EMAK sentiasa dan selalu di dalam hati..Aku rindu nak salam pas tu cium tangan & pipi mak...Aku rindukan masakkan mak..Aku rindukan bebelan mak..Aku rindu semua tentang mak...Semoga mak di tempatkan dalam golongan orang-orang yang Allah lindungi...

Apa pun..Aku bersyukur..Walaupun aku kehilangan cahaya matahari yang menerangi aku selama ni..Tuhan telah gantikan aku dengan pelangi yang indah..Walau pelangi tidak secerah dan bercahaya seperti matahari..tapi warna pelangi tu mampu mewarnai hari-hari yang aku lalui...



Monday, May 14, 2012

WARKAH iSTiMEWA UNTUK SUAMi KU...

tangan my husband & MiNE
even tak nampak mcm LOVE sgt tapi ok la kann


suami ku,
dalam menongkah arus kehidupan,
aku gopoh mengejar kejayaan,
adakalanya aku tersungkur,
payah menerima kenyataan,
bahu engkaulah sandaran,
tempat air mataku bercucuran...

suami ku,
dalam melihat dan membeli,
aku terburu mengikut hati,
adakalanya melebihi kemampuan diri,
dan bila menyedari poket tidak berisi lagi,
pada engkau lah aku meraih simpati...

suami ku,
dalam meniti usia,
adakalanya aku alpa,
asyik dengan keseronokan sementara,
nasihat mu ku buat-buat lupa,
dan bila kepala ku terhantuk luka,
kepada engkau jua lah aku mengadu derita...

suami ku,
dalam berhadapan pancaroba,
adakalanya aku berjaya,
saat itulah yang paling bahagia,
pada mu jua lah tempat aku bercerita,
kau mendengar penuh setia,
sama-sama berkongsi gembira...

suami ku,
dalam meniti hari bersama mu disisi,
ketawa, bahagia bersilih ganti,
walau adakalanya terguris hati,
tapi.., kita berpegang pada satu janji,
ingin sehidup semati,
bertemu di syurga di sana menanti,
semoga Tuhan memakbulkan janji...

iSTERi MU...



Monday, May 7, 2012

CiRi-CiRi LELAKi TiDAK BUDiMAN

ini la dia romeo sejati sinchan! meluat sungguh *tapi comeyyy kekekeke*

Kali ni aku nak cerita berkaitan dengan ciri-ciri lelaki yang TIDAK LAYAK dipilih dan dijadikan sahabat. Sesekali perlu bertukar gender untuk dijadikan bahan kutukan...bukan... bukan kutukan tapi INFO okiess...Disebabkan ini adalah blog aku..so sukahati aku la nak type apa kat sini! Dan, sekiranya ada orang tak suka, benci ataupun terasa hati..Itu tandanye korang belum cukup kuat dari segi mental dan fizikal..Jadi sekiranya korang terasa sampai mcm nak terbakar jiwa, terguris sampai koyak rabak.. Itu adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri okiessss..*tak de insurans nyawa kat sini =D*

Aku selalu dengar orang cakap ciri-ciri buruk wanita. Kononnya kuat membebel, kuat menghabiskan duit, kuat merengek, kuat menangis, kuat merajuk *semua jenis KUAT laa* , tidak tahu memasak, pemalas, meterialistik $$$$, mengada-ngada dan mcm2 lagi la kalau nak di list kan kat sini..Semua pasal wanita! Semua pasal keburukan wanita! Ini tak adil kannn.....Kali ni aku dalam mood mahu bikin lelaki panas pulak.. *gi ambik kipas angin kasi sejuk itu hati* Boleh ye???

CiRi-CiRi LELAKi TiDAK BUDiMAN

1) Kaki Perempuan
Aku pantang lelaki yang beperangai suka mengumpul koleksi buah hati. Sekiranya hari ni nama buah hati dia limau, selang seminggu tukar nama jadi limau mandarin..Entah esok lusa tukar jadi limau purut pulak. Even semuanya nama mula dgn limau tapi mereka bukan la org yang sama. Mereka ini bangga bila perempuan yang di sangka terhegeh-hegeh nak berkawan mereka *konon2 laaa* Sekiranya terkena pada aku...aku akan tenyeh mata mereka-mereka ini dengan cili padi tapi Alhamdulillah aku dah kawin *wink wink* (blusshinggg)

2) Kaki Putar Belit
Ada saja teman wanita yang tidak perasan langsung dengan sikap boipren yang pandai berbohong! Kenapa??? Kerana mereka-mereka ini sungguh pandai mengayat dengan kata-kata puitis seolah-olah membina kilang gula pasir di tepi bibir! 

3) Mahu Jadi Ultraman
Aku benci lelaki yang suka berpura-pura ALIM!!! Suka berlagak baik tapi hakikat hammpehhhh...Seolah-olah nak jadi mcm ultraman, superman, spiderman tak pun batman. So konon-kononnya impian nak jadi HERO nak jadi HEBAT. Meluat okiessss...

4) Pengikis
Kes ni lagi la aku rasa mcm nak bagi penampar jepun tahap dewa..Nak pakai semua berjenama konon nak jaga standard tapi melakukan teman wanita mereka seolah-olah ATM bergerak tak pun mcm credit card yang boleh di swap2..huh!

Lenguh jari jemari aku menaip ni..Aku rasa cukup la edisi mengutuk opsssss INFO pasal ciri-ciri lelaki yang harus perempuan-perempuan kat luar sana jauhi!