CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, May 7, 2012

CiRi-CiRi LELAKi TiDAK BUDiMAN

ini la dia romeo sejati sinchan! meluat sungguh *tapi comeyyy kekekeke*

Kali ni aku nak cerita berkaitan dengan ciri-ciri lelaki yang TIDAK LAYAK dipilih dan dijadikan sahabat. Sesekali perlu bertukar gender untuk dijadikan bahan kutukan...bukan... bukan kutukan tapi INFO okiess...Disebabkan ini adalah blog aku..so sukahati aku la nak type apa kat sini! Dan, sekiranya ada orang tak suka, benci ataupun terasa hati..Itu tandanye korang belum cukup kuat dari segi mental dan fizikal..Jadi sekiranya korang terasa sampai mcm nak terbakar jiwa, terguris sampai koyak rabak.. Itu adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri okiessss..*tak de insurans nyawa kat sini =D*

Aku selalu dengar orang cakap ciri-ciri buruk wanita. Kononnya kuat membebel, kuat menghabiskan duit, kuat merengek, kuat menangis, kuat merajuk *semua jenis KUAT laa* , tidak tahu memasak, pemalas, meterialistik $$$$, mengada-ngada dan mcm2 lagi la kalau nak di list kan kat sini..Semua pasal wanita! Semua pasal keburukan wanita! Ini tak adil kannn.....Kali ni aku dalam mood mahu bikin lelaki panas pulak.. *gi ambik kipas angin kasi sejuk itu hati* Boleh ye???

CiRi-CiRi LELAKi TiDAK BUDiMAN

1) Kaki Perempuan
Aku pantang lelaki yang beperangai suka mengumpul koleksi buah hati. Sekiranya hari ni nama buah hati dia limau, selang seminggu tukar nama jadi limau mandarin..Entah esok lusa tukar jadi limau purut pulak. Even semuanya nama mula dgn limau tapi mereka bukan la org yang sama. Mereka ini bangga bila perempuan yang di sangka terhegeh-hegeh nak berkawan mereka *konon2 laaa* Sekiranya terkena pada aku...aku akan tenyeh mata mereka-mereka ini dengan cili padi tapi Alhamdulillah aku dah kawin *wink wink* (blusshinggg)

2) Kaki Putar Belit
Ada saja teman wanita yang tidak perasan langsung dengan sikap boipren yang pandai berbohong! Kenapa??? Kerana mereka-mereka ini sungguh pandai mengayat dengan kata-kata puitis seolah-olah membina kilang gula pasir di tepi bibir! 

3) Mahu Jadi Ultraman
Aku benci lelaki yang suka berpura-pura ALIM!!! Suka berlagak baik tapi hakikat hammpehhhh...Seolah-olah nak jadi mcm ultraman, superman, spiderman tak pun batman. So konon-kononnya impian nak jadi HERO nak jadi HEBAT. Meluat okiessss...

4) Pengikis
Kes ni lagi la aku rasa mcm nak bagi penampar jepun tahap dewa..Nak pakai semua berjenama konon nak jaga standard tapi melakukan teman wanita mereka seolah-olah ATM bergerak tak pun mcm credit card yang boleh di swap2..huh!

Lenguh jari jemari aku menaip ni..Aku rasa cukup la edisi mengutuk opsssss INFO pasal ciri-ciri lelaki yang harus perempuan-perempuan kat luar sana jauhi!



2 comments:

  1. lelaki pun kalau kita nak senaraikan memang banyak kelemahan dan keburukan depa tu..kan??
    kalau idak tak la lelaki paling ramai dok dalam penjara..heheh

    ReplyDelete
  2. x suka lelaki kaki perempuan dan kaki pengikis huhu

    ReplyDelete