CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, April 14, 2011

Berdosakah KITA?

"Walaupun jauh di mata tapi dekat di facebuk! tak dapat bergurau secara "face to face" bergurau di alam cyber pun jadi laaa...janji aku nak buat org tersenyum...kalau tak nak senyum sudah..bukan kena bayar apa2 pun..tax pun tak de..APRIL FOOL jgn marah arrr..."

Alaaa..bagi aku APRIL FOOL tu just for fun..dun take so seriously..Jangan pulak terpesong dan terlalu mengikut cara APRIL FOOL yg zaman nabi Isa tu..itu too much laa..Cara sebegitu mmg tidak digalakkan.Berdosa...dan jangan terlalu taksub untuk meraikannya pulak...

Cuma yang aku rasa mcm tak rape nak best bila org just pandai berkata2 dan menghuraikan "TAK BAIK AARR SAMBUT APRIL FOOL..BERDOSA!!" berdosa errkk??? tau mmg tak baik!! sambut APRIL FOOL tau pulak kata BERDOSA!! tapi dosa2 lain yg kita lakukan terang2an BERDOSA , HARAM dan sememangnye kita tau benda yg kita buat tu salah...ada tak kita perasan??? ada??? Sebagai contoh bertelanjang opsssss kat situ bukan la maksud tak berbaju langsung..Maksudnye berbaju KETAT , SENDAT..Menunjukkan benda2 yang tidak sepatutnye ditunjukkan..baju lengan pendek tapi bertudung..Kalau nak diikutkan bertudung cantik dan menawan sehingga org lain memuji tu pun kira BERDOSA..sebab takut menimbulkan RIAK pada diri kita..Sama gak la SESETENGAH org LELAKI..sesetengah okey...aku tak kata SEMUA! Kalau berbini 3 nak ikut SUNNAH NABI..tapi benda lain yg tak nak plak ikut SUNNAH NABI..Kadang2 benda WAJIB 5 WAKTU tu pun lepas mcm tu je..sengaja plak la tu..Kalau nak di huraikan mcm2 lagi benda yang BERDOSA kita lakukan..cuma kita tak sedar yg kita melakukan..

So,jangan la menilai DOSA seseorang itu dengan benda yang kita sendiri juga lakukan cuma BERBEZA dari segi PERBUATAN.Jangan hanya pandai MENGHURAIKAN , MENTAFSIR dan BERKATA-KATA. Ini hanya pendapat aku..dan berkongsi cerita..Sebab aku tau AKU pun BUKAN la SEMPURNA  sgt !

Wednesday, March 30, 2011

MANUSIA!

Memang susah nak menghuraikan sikap manusia yang sering berubah-ubah seperti cuaca di Malaysia sekarang.Kejap panas,hujan dan tiba-tiba mendung.Macam tu la sikap manusia!Susah nak jangka..Kadang-kadang nampak ok..nampak open minded..nampak macam outgoing..nampak macam outspoken..tup tup lain pulak jadinyee..Terus jadi macam berlagak pulak..macam hebat..macam dia je la yg bagus! Itu la kan dah namanye pun manusia.Dan wujud pulak perkataan "macam nampak" ... Sebab perkataan tu pun menunjukkan bukan yang "sebenar"

Itulah sebabnye kita selalu mendengar ayat "manusia mana yg sempurna" ... AKU,KAU,DIA,MEREKA,KAMI semua sempurna.. Tidak!! Memang tak de manusia yang sempurna dalam dunia ni..Kadang-kadang manusia melakukan kesilapan tanpa sedar dan ada juga manusia melakukan kesilapan yang sengaja..Itu sendiri mau ingat okeyyyyy...Ada juga kebaikan yang dilakukan tanpa kita sedar..Dannnnn ada gak kebaikan sekadar inginkan perhatian dari orang lain atau nama kasarnye BERLAGAK ! Saje nak menunjuk2 la tu...

Walau apa pun @ siapa pun kita..Kita harus menjadi diri kita yang sebenar..Dan harus diingat JANGAN rasa diri terlalu hebat sebab kita ada banyak $$$$$..u have to remember $$$$ bukan la segala2nya...JANGAN rasa diri kita "best" sgt sebab bukan semua org suka kat kita..JANGAN ingin kan kesempurnaan yg teramat sgt sehingga menyusahkan org di sekelililng kita..

Kesimpulannye biarla AKU,KAU,DIA,KITA,KAMI,MEREKA menjadi yang "biasa-biasa" saje...


Monday, March 14, 2011

adakah korg tahu???

adakah korg tahu yg sbnrnye..penyakit BREAST CANCER , SERVIK CANCER & CANCER TULANG tu semua dari SAKA...dan 3 penyakit dari SYAITAN ialah CANCER , AIDS & LEUKIMIA

terkejut kan..aku sendiri terkejut dan tak percaya bila aku dapat tau...aku baca dalam salah satu artikel UZTAZ ABDULLAH MAHMUD..seronok bila baca artikel dia..byk pengajaran..petua..mcm2 lagi...masa baca tu insaf la sekejap kekekekee...tapi siyess mmg best!



Friday, February 18, 2011

disebalik KATA-KATA

Orang tua dolu-dolu selalu membebel menggunakna kata-kata kiasan..kadang-kadang ada gak kata-kata kiasan dari mereka tu agak kasar...berbeza dgn org skrg..kata-kata org skrg lebey moden..kononnye moden la..tak habuk pun tarak..walaupun kata-kata kiasan org tua dolu-dolu agak kasar tapi ada gak yg berguna untuk kita "pakai".itu semua terpulang pada individu untuk menilai dan menerima..pucuk pangkal pada hati..

kat bawah ni..ada beberapa ayat-ayat kiasan org2 tua yg selalu kita dgr..yg kita boleh ingat sampai sekarang..kalau korg ingat laaa..sebab dulu arwah mak aku selalu membebel..ayat-ayat ni la yg di gunakannya..

1)jangan menyanyi masa masak..kang ko kawin ngn org tua baru tau!

disebalik kata2 :: ye ke???? sebenarnye kenapa mak korg suka bebel mcm tu bila korg nyanyi sambil masak..bukan apa..takut karang terlupa letak garam ke...terlebey letak garam ke...terhangit ke...itu la sebenarnye..

2)jangan makan beralih2 tempat..kang berlaki ramai!

disebalik kata2 :: hahahhahahaaa..mcm sengal..sebenarnye takut mknn yg korg tu tumpah ke ..pinggan jatuh..prannnggg!! dah pecah kan..

3)jangan minum bebanyak masa mkn..nnti tenggelam jantung tu jadi bodoh!

disebalik kata2 :: ni lagi satu..hahahhahahaha..fakta mana la ni..sebenarnye..kalau minum air byk2 nnti kenyang..so sape lak nak hbs kan mknn korg..dah mmbazir kann...mmbazirkan amalan syaitan!

pas korg baca kan..korg rasa berguna tak kiasan org2 tua ni..setiap ayat tersirat benda yang baik..cuma tersurat tu agak kasar sikit..hehehheee..apa pendapat korg??














Thursday, February 10, 2011

DOA MUNAJAT SEORANG ISTERI




Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah...Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….