CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, April 26, 2012

pernahkah kita mengucap SYUKUR?

"Berat mata memandang , Berat lagi bahu yang memikul"

Itula kata-kata yang dapat di huraikan semenjak menonton satu rencana dekat TV. Tersentuh hati dan naluri kewanitaan aku *cewaahh*. Tapi seriously rasa sedih bila aku tengok kehidupan dia sebagai manusia yang di ciptakan olehNYA untuk mencari sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak. Semenjak dari itu aku sematkan dalam hati untuk tidak "komplen" dengan kehidupan aku sekarang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t kurniakan.





Inilah yang akan aku ceritakan.. Jadikan cerita ni sebagai semangat kehidupan kita dan selalu la BERSYUKUR!!!

Dia adalah seorang tua berumur lingkungan 50thn. Nama pakcik ni Pak Abi. Berasal dari Sabah. Tahu tak apa pekerjaan Pak Abi ni?? Kalau kita semua tahu..sure tak ada sorang pun yang sanggup lakukan kerja tersebut! Percaya la...

Pak Abi adalah salah seorang PORTER di Gunung Kinabalu. Porter tu orang yang memikul barang-barang keperluan atau bag para pendaki gunung. Selain dari memikul barang-barang keperluan atau bag para pendaki, Pak Abi memikul tong air seberat 80-90kg beratnya!!! Bayangkan laa.... Dia memikul tong tersebut sehingga ke puncak. Dalam sehari Pak abi akan melakukan tugas tu 2-3 kali. Kadang-kadang jika tong air tersebut sudah mencukupi, Pak Abi akan memikul barang-barang keperluan lain seperti kayu berlian seberat 50-60kg! Kayu berlian di gunakan untuk pembinaan dan mereka menggunakan kayu tersebut kerana kayu berlian boleh bertahan selama 100thn. Cuba kita bayangkan sekiranya kita yang memikul semua ini yang setinggi 3,272 meter untuk sampai ke puncak Laban Rata??? Rasanya terus pengsan! Laban Rata adalah perhentian untuk para pendaki berehat sebelum sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Bertapa gigihnya keringat seorang bapa untuk membesarkan anak-anak. Sanggup berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga... Hanya Allah s.w.t yang mengetahui kasih seorang bapa!

Cuba kita tengok kehidupan kita sekarang! Segala-galanya mudah...Pergi kerja naik kereta..Jam sikit mula la naik hangin..Marah-marah..Sedangkan hanya duduk, nyaman ber'aircond', boleh dengar radio lagi..Silap-silap  boleh 'makan-makan' dalam kereta! Nikmatkan...Penat sikit komplen..Boss bagi kerja lebih sikit pun komplen..Duduk dalam opis siap boleh pesbuk lagi..Untung kannn...Apa lagi yang kita mahu dalam kehidupan kita jika di bandingkan dengan orang lain yang lebih berat tanggungjawab dalam melakukan tugas...

Semoga cerita ni menjadi pedoman untuk AKU, KAU, DIA, MEREKA dan KITA semua!



4 comments:

  1. kuatnye pak cik tuhh...tabah pak cikk ty na jadi tabah mcm pak cik Abi..

    ReplyDelete
  2. kuat sgt kannn...demi mencari rezeki! =D

    ReplyDelete
  3. Kalau dari muda dia buat kerja tue, dia immun dah pun berat gitu. Mesti kacang jer bagi dia. Kita tgk lar kesian. :(

    ReplyDelete