CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, July 8, 2013

SAYA TAHU



Ya...Saya Tahu
Orang keliling berkata
Setahun sekali baru nak ziarah kubur mak bapak dia
Berkata lah sepuas hati
Berkata lah selagi boleh
Mulut manusia mana boleh tutup
Bukan seperti balang kuih raya yang boleh di tutup supaya kuih tak masuk angin
Bukan seperti corong teko yang boleh di sumbat surat khabar supaya semut tak masuk

Ya...Saya Tahu
Saya bukan lah anak yang baik
Saya bukan lah anak solehah
Tapi setiap kali saya membuka mata mak abah lah yang saya ingat
Tiap kali membuka mata doa yang tak seberapa saya sampaikan untuk mereka
Hanya saya dan maha esa yang mengetahui

Ya...Saya tahu
Saya juga punya anak
Tapi jika saya dijemput pulang menghadap Ilahi dahulu
Saya tak pernah mengharap anak-anak menziarahi kubur saya hari-hari
Hanya yang saya perlukan ialah....
DOA dari mereka
KASIH SAYANG mereka pada saya tak kan terpadam dalam hati mereka
Itu yang saya mahukan..
Itu yang saya harapkan..
Itu yang saya selalu saya bisikkan pada mereka

SAYA DOAKAN MAK ABAH DI TEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
AL-FATIHAH





Wednesday, May 23, 2012

EMAK...

Semua orang ada ibu kan..Ibu adalah orang yang paling kita sayangi, kasihi dan sanjungi..Begitu juga la dengan aku.Aku ada EMAK..Emak aku yang paling cantik, pandai masak, pandai mengemas, pandai bagi nasihat dan yang paling BEST pandai sungguh "berpidato"...Segala-galanya pandai dan bagi aku EMAK la orang yang paling sempurna di mata aku..Tiada orang lain dapat menggantikan tempat dia.

Sekarang aku dah tak de EMAK..EMAK aku meninggal 7 tahun lepas.EMAK tak sempat tengok aku kawin dan tak sempat tengok cucu bongsu dia..ALHAMDULILLAH...EMAK sempat tengok bakal suami aku ketika itu..Dan untuk pertemuan pertama kalinya, EMAK sempat mengusik aku "ada janggut dia yee..mcm pak imam" aku gelak terkekeh-kekeh..Berbunga-bunga hati bila EMAK memberi hint yang baik..Tapi itu dulu....

Aku masih ingat lagi...Masa tu EMAK tengah goreng ayam..Ayam tu masih dalam kuali..Aku nak pegi sekolah tak sempat nak menjamah makan tengahari masa tu..Aku hanya berkata "hhmmm...sedapnye bau alaa tak sempat nak mkn ayam goreng!" Masa aku kat bustand tunggu bas nak pegi sekolah..Aku nampak EMAK berlari ke arah aku sambil memegang sesuatu.Bila EMAK hulurkan pada aku..Ya Allah..Rupa-rupanya ayam goreng yang EMAK goreng tadi.....Masa EMAK bagi ayam goreng tu..EMAK siap kata "nah..ayam goreng..kepak lagi tu..elok2 belajar jangan nak berboipren-boipren" EMAK terus berlalu..Aku?? Aku terpaku..Tak tau nak ckp apa masa tu..Ya Allah EMAK..Mulianya hati mu...Tapi itu dulu...

Kalau di beri peluang "berpidato" memang cair taik telinga dibuatnya...Meleleh beb! Ada saja yang nak di bebelkan oleh EMAK aku yang cantik lagi menawan tu.."awak tu anak dara,jangan bangun lambat2 matahari dah naik atas kepala.esok tak de sape nak meminang!" "bila nak tau masak ni..takkan esok kawin nak mkn kat kedai hari2!" "duit lebih tu jangan ingat nak enjoy je..simpan sikit esok2 kalau sakit ke apa ke..tak yah menyusahkan orang!" bla..bla..bla...pot pet..pot pet..hhmm...*semua bebelan EMAK mmg ada betulnye* Tapi itu dulu...

"Sedapnye kalau bekpes esok mkn roti canai cicah dengan sambal ikan bilis kan mak..." Esok, celik je mata atas meja dah terhidang dah roti canai dengan sambal ikan bilis siap ada kopi O lagi..Even kopi O tiada dalam menu list..EMAK..EMAK...Memang kasih sayang mak tiada tolok bandingye...Tapi itu dulu....

Kalau aku sakit..EMAK la orang yang paling susah hati..Sebenarnya sakit tu tak la seberapa tapi mengada2 yang lebih..Anak bongsu mmg la manja dan segala-galanya lebih dari yang lain *wink wink* Masa tu minta la apa saja..Mesti dapat..Cakap je nak mkn apa..Semua terhidang..Seronok sangat! Tapi itu dulu...

Semua tu dulu...Semua tinggal kenangan je..Takkan ada orang yang boleh menggantikan tempat mak...EMAK sentiasa dan selalu di dalam hati..Aku rindu nak salam pas tu cium tangan & pipi mak...Aku rindukan masakkan mak..Aku rindukan bebelan mak..Aku rindu semua tentang mak...Semoga mak di tempatkan dalam golongan orang-orang yang Allah lindungi...

Apa pun..Aku bersyukur..Walaupun aku kehilangan cahaya matahari yang menerangi aku selama ni..Tuhan telah gantikan aku dengan pelangi yang indah..Walau pelangi tidak secerah dan bercahaya seperti matahari..tapi warna pelangi tu mampu mewarnai hari-hari yang aku lalui...



Monday, May 14, 2012

WARKAH iSTiMEWA UNTUK SUAMi KU...

tangan my husband & MiNE
even tak nampak mcm LOVE sgt tapi ok la kann


suami ku,
dalam menongkah arus kehidupan,
aku gopoh mengejar kejayaan,
adakalanya aku tersungkur,
payah menerima kenyataan,
bahu engkaulah sandaran,
tempat air mataku bercucuran...

suami ku,
dalam melihat dan membeli,
aku terburu mengikut hati,
adakalanya melebihi kemampuan diri,
dan bila menyedari poket tidak berisi lagi,
pada engkau lah aku meraih simpati...

suami ku,
dalam meniti usia,
adakalanya aku alpa,
asyik dengan keseronokan sementara,
nasihat mu ku buat-buat lupa,
dan bila kepala ku terhantuk luka,
kepada engkau jua lah aku mengadu derita...

suami ku,
dalam berhadapan pancaroba,
adakalanya aku berjaya,
saat itulah yang paling bahagia,
pada mu jua lah tempat aku bercerita,
kau mendengar penuh setia,
sama-sama berkongsi gembira...

suami ku,
dalam meniti hari bersama mu disisi,
ketawa, bahagia bersilih ganti,
walau adakalanya terguris hati,
tapi.., kita berpegang pada satu janji,
ingin sehidup semati,
bertemu di syurga di sana menanti,
semoga Tuhan memakbulkan janji...

iSTERi MU...



Monday, May 7, 2012

CiRi-CiRi LELAKi TiDAK BUDiMAN

ini la dia romeo sejati sinchan! meluat sungguh *tapi comeyyy kekekeke*

Kali ni aku nak cerita berkaitan dengan ciri-ciri lelaki yang TIDAK LAYAK dipilih dan dijadikan sahabat. Sesekali perlu bertukar gender untuk dijadikan bahan kutukan...bukan... bukan kutukan tapi INFO okiess...Disebabkan ini adalah blog aku..so sukahati aku la nak type apa kat sini! Dan, sekiranya ada orang tak suka, benci ataupun terasa hati..Itu tandanye korang belum cukup kuat dari segi mental dan fizikal..Jadi sekiranya korang terasa sampai mcm nak terbakar jiwa, terguris sampai koyak rabak.. Itu adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri okiessss..*tak de insurans nyawa kat sini =D*

Aku selalu dengar orang cakap ciri-ciri buruk wanita. Kononnya kuat membebel, kuat menghabiskan duit, kuat merengek, kuat menangis, kuat merajuk *semua jenis KUAT laa* , tidak tahu memasak, pemalas, meterialistik $$$$, mengada-ngada dan mcm2 lagi la kalau nak di list kan kat sini..Semua pasal wanita! Semua pasal keburukan wanita! Ini tak adil kannn.....Kali ni aku dalam mood mahu bikin lelaki panas pulak.. *gi ambik kipas angin kasi sejuk itu hati* Boleh ye???

CiRi-CiRi LELAKi TiDAK BUDiMAN

1) Kaki Perempuan
Aku pantang lelaki yang beperangai suka mengumpul koleksi buah hati. Sekiranya hari ni nama buah hati dia limau, selang seminggu tukar nama jadi limau mandarin..Entah esok lusa tukar jadi limau purut pulak. Even semuanya nama mula dgn limau tapi mereka bukan la org yang sama. Mereka ini bangga bila perempuan yang di sangka terhegeh-hegeh nak berkawan mereka *konon2 laaa* Sekiranya terkena pada aku...aku akan tenyeh mata mereka-mereka ini dengan cili padi tapi Alhamdulillah aku dah kawin *wink wink* (blusshinggg)

2) Kaki Putar Belit
Ada saja teman wanita yang tidak perasan langsung dengan sikap boipren yang pandai berbohong! Kenapa??? Kerana mereka-mereka ini sungguh pandai mengayat dengan kata-kata puitis seolah-olah membina kilang gula pasir di tepi bibir! 

3) Mahu Jadi Ultraman
Aku benci lelaki yang suka berpura-pura ALIM!!! Suka berlagak baik tapi hakikat hammpehhhh...Seolah-olah nak jadi mcm ultraman, superman, spiderman tak pun batman. So konon-kononnya impian nak jadi HERO nak jadi HEBAT. Meluat okiessss...

4) Pengikis
Kes ni lagi la aku rasa mcm nak bagi penampar jepun tahap dewa..Nak pakai semua berjenama konon nak jaga standard tapi melakukan teman wanita mereka seolah-olah ATM bergerak tak pun mcm credit card yang boleh di swap2..huh!

Lenguh jari jemari aku menaip ni..Aku rasa cukup la edisi mengutuk opsssss INFO pasal ciri-ciri lelaki yang harus perempuan-perempuan kat luar sana jauhi!



Monday, April 30, 2012

PINOCCHIO

"WHEN U TELL LIES , YOUR NOSE WILL GROW LONG!"

Ayat tu adalah salah satu dalam cerita donggengan kanak-kanak. Mesti ramai yang dah tahu dan baca buku ni kan ... Kalau la ada betul-betul macam dalam cerita ni, aku rasa berlambak-lambak "orang hidung panjang" kat dunia ni. Mungkin hidung dorang panjang sampai boleh buat ampaian baju...Teramasuk la kita juga.

Entry ni, bukan nak cerita pasal "Pinocchio" tapi nak cerita MENGAPA HARUS MENIPU?

Hhhmm..mengapa ek? Mungkin kita semua ada pendapat masing-masing dan masing-masing ada hak untuk menilai..Mesti kita semua pernah MENIPU atau TERTIPU *tipah tertipu , tipu tertipah* . Dan tiada istilah "tipu sunat!" Tiada dalam hadis yang tertulis sedemikian rupa... Kita je yang pandai mereka-reka!

Kadang-kadang menipu untuk kebaikan atau untuk keselamatan diri, itu boleh di terima! Sebagai contoh menipu IDENTITI DIRI, TEMPAT TINGGAL atau sebagainya di laman sesawang! Mana la tahu orang yang kita kenal di lama sesawang tu "LELAKI JAHAT YANG SEDANG MENYAMAR". Zaman sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan..susah nak tahu jahat ke baik ke..Even Pak Iman ke, Uztaz ke, perempuan bertudung ke, orang tua ke atau sape2 je laa... *bukan semua orang jahat*

Menjadi lumrah kehidupan kita memang tak lari dari menipu kan..Kadang-kadang menipu untuk menjaga hati seseorang itu memang perlu.Supaya tidak berlaku perselisihan faham, pergaduhan atau perkara-perkara yang boleh melukakan hati dan perasaan. Bagaimana untuk kita menyampaikan "penipuan" itu.. Terpulang pada kita TEPUK DADA, TANYA SELERA! Jangan sampai menyusahkan diri sendiri di kemudian hari sudah laa...

Tapi, jangan menyalahkan orang yang pernah kita tipu tu mula berubah sikap atau tidak percayakan kita lagi bila orang tu mula mengetahui kita sedang menipu mereka...Ada juga orang yang kita tipu tu memberi peluang kedua atau ketiga tapi... Adakah kepercayaan mereka pada kita sama macam sebelumnya? Mungkin YA atau mungkin TIDAK!

Kesimpulannya, hargai kepercayaan yang di berikan dan belajar untuk menjadi seorang yang jujur. Jika kita pernah di kecewakan dengan ketidak jujuran orang lain jangan kita menghukum orang-orang yang tidak bersalah..Setiap perbuatan mesti ada pembalasan. InsyaALLAH!